top of page

Latar Belakang Yayasan UniMAP

​

Yayasan UniMAP diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 sebagai syarikat berhad menurut jaminan dan tanpa modal berbayar setelah diluluskan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia. Tarikh pemerbadanan Yayasan adalah pada 5 Ogos 2013 dan bernombor pendaftaran 1057299-V.

 

Yayasan UniMAP ditubuhkan untuk masyarakat (orang perseorangan, badan korporat, syarikat) menyalurkan dana bagi menggalakkan dan melestarikan kemajuan UniMAP dalam akademik, peneylidikan, penyebaran ilmu dan program berimpak tinggi di Universiti Malaysia Perlis.

​

Yayasan UniMAP ditadbirkan oleh Ahli Lembaga Pengarah yang terdiri daripada kakitangan, mantan kakitangan dan wakil Alumni UniMAP serta para profesional terpilih untuk memastikan kelestariannya. Sejak penuguhannya Yayasan UniMAP dipimpin oleh mantan Naib Chanselor UniMAP, Datok Prof. Emeritus Dr Kamarudin Hussin.

bottom of page