Tabung
Kami komited dan telus dalam memberi bantuan kepada semua lapisan masyarakat yang memerlukan.
Anda Boleh Menyumbang kemana-mana tabung pilihan anda melalui Link yang disini.

Tabung Ilmu
Tabung Ilmu ialah tabung yang diwujudkan khas yang disalurkan untuk aktiviti akademik dan penyelidikan seperti pemberian geran penyelidikan, penerbitan buku, serta pembiayaan kursi akademik dan kursi penyelidikan. Pelajar dan staf UniMAP boleh memohon untuk mendapatkan geran penyelidikan daripada tabung yang diwujudkan ini.​ Klik disini untuk menyumbang.
Tabung Kecemerlangan
Tabung Ilmu ialah tabung yang diwujudkan khas yang disalurkan untuk aktiviti akademik dan penyelidikan seperti pemberian geran penyelidikan, penerbitan buku, serta pembiayaan kursi akademik dan kursi penyelidikan. Pelajar dan staf UniMAP boleh memohon untuk mendapatkan geran penyelidikan daripada tabung yang diwujudkan ini. Klik disini untuk menyumbang..
Tabung Keikhlasan
Tabung Keikhlasan ialah tabung umum yang boleh digunakan untuk melaksana aktiviti-aktiviti Yayasan UniMAP dan/atau melaksanakan kebajikan untuk komuniti UniMAP. Cara yang paling mudah untuk menyumbang kepada Yayasan UniMAP adalah melalui transaksi kad kredit / debit atau cek atas nama Yayasan UniMAP. Klik disini untuk menyumbang.
Tabung Endowmen
​
Tabung Endowmen ialah tabung yang menyimpan sumbangan khas berbentuk tunai. Sumbangan tunai daripada para penderma tidak boleh digunakan, kecuali keuntungan yang diperoleh daripada simpanan tetap sumbangan tersebut. Keuntungan simpanan itu boleh digunakan untuk membangunkan, meransang, dan meningkatkan aktiviti pendidikan, kesarjanaan, penyelidikan, dan kebajikan UniMAP dan komunitinya dalam usaha meningkatkan kekondusifan dan kelestarian persekitaran akademikdan daya saingnya sebagai institusi pengajian tinggi. Yayasan UniMAP akan mengadakan perbincangan bersama-sama para penderma bagi memenuhi kehendak penderma dan keperluan universiti. Klik disini untuk menyumbang.
Tabung Potongan Gaji
Salah satu cara yang paling mudah untuk memberikan sumbangan secara berterusan kepada Yayasan UniMAP adalah melalui potongan gaji. Melalui kaedah ini, Yayasan UniMAP akan mendapat sokongan kewangan secara berterusan. Kakitangan UniMAP atau masyarakat umum yang berminat untuk menyumbang secara potongan gaji bulanan boleh mengisi borang maklumat yang disediakan. Klik disini untuk menyumbang.
Tabung Program Semasa
​
Yayasan UniMAP mengalu-alukan sesiapa yang berminat untuk menyumbang dalam program-program semasa (kolokium, seminar, konvensyen, bengkel, dll) yang dianjurkan oleh Yayasan UniMAP dan pihak-pihak yang terlibat. Sumbangan yang diperolehi daripada setiap acara akan digunakan untuk melaksana misi penubuhan Yayasan UniMAP. Sumbangan adalah melalui transaksi kad kredit / debit, cek atau wang tunai dikirim terus kepada pihak Yayasan UniMAP.
Tabung Dana Hartanah
​
Selain daripada sumbangan berbentuk kewangan, pihak Yayasan UniMAP juga menerima sumbangan berbentuk hartanah termasuk tanah yang belum dimajukan, ladang, bangunan komersil, rumah percutian atau kediaman. Klik disini untuk mengisi borang maklumat mengenai jenis hartanah yang ingin anda sumbangkan.
Tabung Program Semasa
​
Yayasan UniMAP mengalu-alukan sesiapa yang berminat untuk menyumbang dalam program-program semasa (kolokium, seminar, konvensyen, bengkel, dll) yang dianjurkan oleh Yayasan UniMAP dan pihak-pihak yang terlibat. Sumbangan yang diperolehi daripada setiap acara akan digunakan untuk melaksana misi penubuhan Yayasan UniMAP. Sumbangan adalah melalui transaksi kad kredit / debit, cek atau wang tunai dikirim terus kepada pihak Yayasan UniMAP. Klik disini untuk menyumbang.
Tabung Dana Harta Peribadi
​
Dana Harta Peribadi adalah tabung yang menyimpan sumbangan daripada penderma dalam bentuk koleksi yang bernilai seperti buku-buku, lukisan, barangan antik, hak cipta, paten dan barangan yang difikirkan bernilai untuk disumbangkan kepada pihak Yayasan UniMAP.
Tabung Dana Harta Peribadi
​
Dana Harta Peribadi adalah tabung yang menyimpan sumbangan daripada penderma dalam bentuk koleksi yang bernilai seperti buku-buku, lukisan, barangan antik, hak cipta, paten dan barangan yang difikirkan bernilai untuk disumbangkan kepada pihak Yayasan UniMAP. Klik untuk mengisi borang maklumat mengenai jenis harta peribadi yang ingin anda sumbangkan.
Tabung Dana Sekuriti
​
Anda juga boleh memilih untuk membuat amal dengan pemberian saham kepada Yayasan UniMAP. Saham adalah antara aset yang paling berharga dan bernilai tinggi serta boleh membawa keuntungan yang besar.Yayasan UniMAP amat menghargai kecenderungan masyarakat umum, syarikat atau badan korporan dalam usaha menyokong universiti melalui pemberian saham.. Klik untuk mengisi borang maklumat mengenai jenis Dana yang ingin anda sumbangkan.